Thursday 22 December 2011

Makanan kegemaran Rasulallah :)



assalamualaikum~
hari ni nk share something yg ak dpat drpd fesbuk
hehe fesbuk memang multipurpose kan? 
byak yg ak xtau semua ak tau kat fesbuk hehe
so, 12 makanan yg menjadi kegemaran Rasulallah S.A.W
tau x apadia tu? jeng3

 
1) Barli.Selain drpd keupayaannya untuk menyejukkan badan, barli jgak baik untuk demam dan dihidangkan dlm bentuk sup.

2) Kurma. Rasulallah S.A.W bersabda, "Barangsiapa di rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan". Memang kita disunatkan untuk berbuka dengan kurma pada bulan puasa tetapi seelok2nya kita amalkan la slalu bukan time bulan ramadhan saja ye. sbbnya kurma ni memang bnyak khasiatnya selain tu, Aisyah R.A juga pernah meriwayatkan 

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


so mari kita amalkan selalu ye :D. selain tu, ia juga baik untuk ibu2 mengandung :)



3) Buah Tin. Buah ni merupakan buah syurga tau. Ingat surah At-Tiin dlm al-quran? Dlm quran pun sebut tau buah ni dgan buah zaitun skali. so, buah ni dpat menyembuhkan penyakit buasir. bagus kan? ak plak jarang2 skali mkan buah ni huhu..


4) Anggur. kalau omputih buat wine kita xpyahla. makan mcm tu pun dh sedap.selain tu, Rasulallah S.A.W juga sangat menggemari anggur. Anggur ni boleh membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, mencuci usus, dan menguatkan buah pinggang. 

5) Madu. Pernah minum susu dgan madu? sedap tau.xcaya cuba try hehe. madu ni dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. boleh menjadi pembangkit selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam. selain tu jgak, kalau korg nk kulit wajah yg cantik, lumurkan madu ni kat muka korg..dlm beberapa jam or stgah jam pun blehla, bilas dgan air dan lap smpai kering. cuba amalkan nanti bleh menghalus dan melicinkan kulit tau. parut pun insyaallah bleh ilang. ni jiran ak yg petua hehe..



6) Tembikai. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya". #note-to-self *erkk..lambat lagi kot hehe..




7) Susu. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk. amalkan minum susu setiap hari xkirala pagi/petang/malam. my mum ckap susu dpat membantu kita maintain gigi yg lawa smpai ke tua. xdla lawa putih serlah mcm tu cuma xdla rongak2 semua.




8) Cendawan. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh. selain tu ia juga sgat bagus untuk jantung tau. i personally love all kinds of mushroom. sedap!


9) Minyak zaitun  merupakan rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. tapi org melayu jarang kan guna minyak zaitun dlm masakan seharian. eh btol k mcmla ak memasak kan hehe..tapi kan, org putih slalu guna minyak zaitun dlm masakan diorg..jarang skali diorg guna minyak lain. 



10) Buah Delima. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari. :)


11) Cuka. makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (skrang dh jadi menu di restoran elit di Itali tau) kat malaysia? ermm..ada kot..


12) Air. Paling senang, mudah nk dapat walau di mana pun kita berada, air ni memang ada. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".


Renung-renungan;




***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)


selamat beramal~ :)

No comments: