Saturday 12 July 2014

Where are we?


Came across this in Facebook and thought to share it cause the story is so inspiring :)

Terdapat kisah seorang datuk dan seorang cucunya tinggal di sebuah kampung. Datuk ini merupakan seorang yang taat perintah Allah dan tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran walaupun sehari.
Melihatkan hal ini, cucunya pun menyatakan hasratnya untuk membaca al-Quran tetapi dia berasa tidak mampu sebab dia tidak memahaminya.
Datuknya mengajaknya keluar dan mengambil sebuah raga yang berlubang. Disuruhnya cucunya mengambil raga itu untuk dibawa ke sungai dan dimintanya membawa raga itu kembali penuh berisi air.
Penuh kehairanan, tetapi diikutinya cakap datuknya, cucunya pergi ke sungai, mengisikan air dalam raga dan berlari secepatnya kepada datuknya dengan harapan air masih ada dalam raga itu. Walaubagaimanapun, semakin dia mencuba dia tetap tidak berjaya membawa raga penuh berisi air kepada datuknya. Cucu itu pun merasa seolah-olah putus asa sebab sia-sia dia berlari pantas tetapi masih tidak berjaya.
Datuknya pun menyuruh cucunya melihat ke dalam raga dan melihat perubahan raga itu daripada asalnya kotor sudah berubah menjadi bersih. Datuknya pun mengajar cucunya bahawa, begitulah cara al-Quran merubah diri kita, walaupun tidak memahaminya pada awalnya, tetapi lama kelamaan akan meresap ke dalam jiwa dan merubah diri dan jiwa kita secara luaran dan juga dalaman.
Al-Quran adalah kalam Allah yang mampu menusuk jiwa-jiwa yang mencari ketenangan dan hidayah Allah, mampu mendamaikan kerisauan dan kecelaruan jiwa serta mengubah seorang individu agar berusaha menjadi lebih baik dalam setiap urusan kehidupannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermakna,

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi).

Have you ever talk to someone speaking in a different language than yours and you always fail to understand it? That's how I usually feel when I was listening to Quran recital or even when I recite the Quran. Yes it is tafsir and the meaning is clearly given there in Malay. But have you ever felt that you want to read it like the Arabs do? They read it like they are reading a story book. Quickly understand the meaning cause that is their language. I have always felt unsatisfied because I don't know which ayat means this word in the tafsir. But now that I came across this story I am relieved and it kinda boost my spirit to become even better in the future and to try to learn Arabic; the language of Allah. Insyaallah. 

In another story, the article which I shared is actually on the Palestinian children who are trying their best to memorize the Quran because one of the main condition to join bridged Al-Qassam is to be able to memorize the 30 juzuk. Subhanallah. Keciknya rasa diri ini walaupun jika diletak di sebelah kanak2 Palestin. Apatah lagi jika diletak bersama mereka yg lain di sana. Mereka di sana hanya dambakan syahid dan berjuang mempertahankan agama Islam, agama kita di sana. Mereka tidak takut sama sekali dengan senjata2 canggih kepunyaan tentera Israel. Betapa kebergantungan mereka adalah kepada Allah SWT semata-mata. Kita di sini masih leka. Astaghfirullahalazim. Janganlah terus terlena. Berikanlah doa yg tidak putus kepada mereka. Semoga Palestin akan memperoleh kemenangan. Allahuakbar!




Jangan salah sangka bahawa anak2 kecil ini diajar untuk menjadi pengganas dan pembunuh. Sesungguhnya Islam tidak pernah membenarkan umatnya untuk membunuh terutamanya orang tua, wanita, bayi dan org yg tidak bersalah. Peperangan hanyalah untuk mempertahankan diri dan juga untuk mempertahankan agama. Berbeza sekali dgan tentera Israel yg xputus2 mensasarkan tempat tinggal orang awam, masjid dan juga hospital.

Pray for Gaza. My heart bleeds with the casualties in Palestine right now.

No comments: